Bahasa Pilihan Murid-murid Melanau di Mukah, Sarawak
Juliana Damsik
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
Mohamad Nik Mat Pelet
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
Noor Saadah Salleh
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
Norita Harijaman
Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
Anida Sarudin
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Abstract
Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dengan dengan anggaran penduduk seramai 2.5 juta. Jumlah ini merangkumi pelbagai kaum dan etnik antaranya Melayu, Melanau, Iban, Kadazan, Dusun, Bidayuh, Cina, India dan sebagainya. Kepelbagaian kaum yang ada menunjukkan wujudnya pelbagai bahasa ibunda yang berbeza. Kepelbagaian ini membawa kepada kemungkinan masyarakat untuk membuat pilihan bahasa sebagai alat perhubungan dan komunikasi antara mereka. Bahasa yang dipilih biasanya bahasa yang banyak digunakan dan difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat. Bagi menguji pemilihan bahasa yang berlaku, kajian ini hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti pemilihan bahasa dalam kalangan murid Melanau di sekitar kawasan Mukah, Sarawak serta menganalisis faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa mereka. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melaui pendekatan kuantitatif dengan berpandukan set soalan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian adalah seramai 65 orang yang terdiri daripada murid-murid Melanau yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun dan bersekolah di sekolah jenis kebangsaan di kawasan Mukah, Sarawak. Dapatan kajian dianalisis berpandukan konsep domain oleh Fishman (1972). Hasil kajian mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Melanau menjadi pilihan paling dominan dalam kalangan murid-murid Melanau di sekolah kebangsaan di kawasan Mukah, Sarawak. Dapatan kajian juga menunjukkan pola pemilihan bahasa yang digunakan dipengaruhi faktor hubungan, persekitaran dan kandungan bagi mencapai tujuan komunikasi iaitu menyampaikan mesej yang jelas antara individu dalam sesuatu persitiwa bahasa atau komunikasi.
Keywords: Pilihan, Bahasa, Murid-murid, Melanau, Mukah, Domain Fishman (1972)
DOI:
References:
Akhmad Mansur, Asbah Razali, Nurhamizah Hashim, Nurul Haniza Samsudin & Nur Azimah Mohd Bukhari. (2024). Pemilihan dan Penggunaan Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Bonggi. PERTANIKA Journal Social Scviences & Humanities,32 (S1), 29-49.
Amirul Mukminin Mohamad, Sofia Ayup, Noorhazlina Mohamad Hamid & Zuraini Mohaidin. (2023). Bahasa Kebangsaan dalam Situasi Komunikasi Harian: Kajian Tinjauan terhadap Pelajar Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, 34(2), 81-101.
Asmah Haji Omar. (2015). Bahasa dan masyarakat di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azlan Mis. (2022). Pilihan Bahasa dan Lingua Franca Suku Kaum di Sarawak. Jurnal Bahasa, 10 (1), 1-16.
Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad & Sharil Nizam Sha’ri. (2020). Domain dan Bahasa Pilihan Tiga Generasi Etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Vol. 5 (7), 96-107.
Cendellera Anak Janar. (2022). Sikap dan Pemilihan Bahasa oleh Masyaralat Cina kahwin Campur dan bukan Kahwin Campur di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaysia Sarawak.
Harishon Radzi. (2023). Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Peserta Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas Berdasarkan Tiga Domain, Jurnal Linguistik, Vol.27 (1), 129-139.
Khairul Ashraaf Saari & Harishon Radzi. (2023). Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Peserta Latidan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas berdasarkan Tiga Domain. Jurnal Linguistik, 27(1), 129-139.
Latifah Ismail & Normala Hashim. (2011). Sikap Murid Cina terhadap Penggunaan Bahasa Malaysia di Sekolah. Masalah pendidikan, 34 (2011), 63-79.
Mohamad Azlan Mis & Nur Syafiqah Muhammad Situl. (2022). Pemilihan Bahasa dalam Situasi Rasmi di pejabat Kerajaan. GEMA Online, Journal of Language Studies, 22(3), 213-235.
Mohamad Rozi Kassim. (2021). Emografi Komunikasi Orang Asli Jakun. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Vol.14 (1), 21-44.
Mohd Khaidir Abdul Wahab & Dicky Wiwittan Toto Ngadiman. (2024). Pilihan Bahasa dalam Kalangan Mahasiswa di Pulau Pinang dalam Domain Keluarga dan Pendidikan. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 14(2), 31-45.
Mohd Khaidir Abdul Wahab. (2023). Sikap Bahasa dan Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Wilayah Utara Semenjanung Malaysia. Jurnal Melayu, 22(2), 22-53.
Nur Faaizah Md Adam & Mohd Sharifudin Yusop. (2014). Pemilihan Bahasa Masyarakat Jahut di Pahang. Journal of Human Development and Communication, Vol.1 (Special Issue), 141-161
Nurul Nabila Abdul Rahman. (2020). Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Anak Kacukan Melanau Iban di Sarawak. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Putra Sarawak.
Nurul Jannah Hussin & Mohamad Suhaizi Suhaimi. (2023). Pemilihan dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan kahwin Campur Orang Asli Jakun. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(1), 47-56.
Nurul Syahirah Batjo & Mohammed Azlan Mis. (2022). Pemiihan Bahasa Suku Kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Jurnal Wacana Sarjana, 6 (4), 1-15.
Omar, A., & Ting, S. H. (2020). Language maintenance and shift among the Melanau community in Sarawak. Journal of Modern Languages, 30(2), 45–61.
Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong. (2016). Pemilihan Bahasa Masyarakat Chetti di Melaka. Jurnal Melayu, Vol.15 (2), 210-222.
Siti Rahmah Muhamad Husaini. (2017). Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sungai di Bukit Garam, Sabah. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Putra Malaysia.
Ting, S. H., & Campbell, L. (2017). Language choice and identity among indigenous youth in Sarawak, Malaysia. Language and Communication, 55, 1–10.