Download PDF : 

Retorik YB Dato’ Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya dalam Buku 5 Tahun Juanda Jaya 

Mohamad Nik Mat Pelet
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Norita Harijaman
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Juliana Damsik
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Nurul Nadia Samud
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Adib Zakwan Al Qayyum Shahbuddin
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Abstract
Retorik berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej agar dapat difahami, diyakini dan perakui oleh pembaca sama ada penyampaian secara lisan mahupun bertulis serta bersifat komprehensif.  Pemilihan retorik yang digunakan juga mampu menghasilkan wacana yang berseni dan berkesan, di samping menekankan aspek-aspek seperti kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang baik.  Dalam pada itu, teknik penulisan adalah antara perkara penting dalam sesuatu karya seperti buku bagi memastikan mesej penting mampu disampaikan dengan menggunakan pelbagai jenis retorik yang sesuai dan relevan agar tidak memberi kesan pemahaman yang menyimpang antara pembaca atau pendengar.  Kurangnya pendedahan kepada bidang retorik juga antara penyebab sebilangan masyarakat salah tafsir terhadap kandungan atau ungkapan yang dizahirkan oleh seseorang.  Justeru, kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan serta penerapan jenis-jenis retorik dalam buku berkaitan pencapaian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Sarawak di kawasan pentadbirannya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Jemoreng.  Teori yang mendasari kajian ini adalah teori Retorik Moden yang diperkenalkan oleh Enos dan Brown (1993) bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan jenis retorik dalam buku tersebut.  Kajian berteraskan pendekatan kualitatif berbentuk deskriptif ini turut mengaplikasikan kaedah pengumpulan data melalui kaedah analisis dokumen terhadap buku yang bertajuk 5 Tahun Juanda Jaya. Buku ini mengandungi sembilan bab dengan ketebalan sebanyak 349 muka surat.   Berdasarkan dapatan kajian,  buku 5 Tahun Juanda Jaya ini telah memanfaatkan bidang retorik sebagai langkah utama untuk menyampaikan maklumat dengan mengaplikasikan beberapa jenis retorik seperti retorik penerangan, pendedahan dan penghujahan.  Dalam pada itu, retorik yang diaplikasikan bukan sahaja melibatkan retori dalam bentuk penulisan malah penyampaian melalui gambar juga menunjukkan kepelbagaian jenis retorik yang digunakan.  Kesimpulannya,  penyampaian mesej atau butiran yang hendak disampaikan bergantung pada pemilihan jenis retorik untuk memastikan kejelasan dan keberkesanan maklumat kepada sasaran dan tidak hanta tertaktuk kepada retorik berbentuk penulisan ayat atau ujaran lisan, namun retorik juga mampi diungkap melalui kepingan gambar sebagaimana dapatan kajian yang dibincangkan dalam makalah ini.

Keywords: Retorik, Teori Retorik Moden, Buku 5 Tahun Juanda Jaya, ADUN

DOI: https://doi.org/10.24191/ejssh.v10i1.10559

References:

Abd Hamid, M., Abdul Jabar, M., Che Rodi, R., & Ab. Halim, A. (2022). Strategi retorik dalam teks perutusan khas perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membendung wabak Covid-19 di Malaysia. Persatuan Jurnal Linguistik, 26 (2), 038-051. Retrieved from https://ejurnal.plm.org.my/index.php/jurnallinguistik/article/view/251/181

Aminnudin Saimon, Lisa Licson, Nur Aisyah Mohamad taufek, Siti hajar Japar & Siti Nor Asmira Razali.  (2021).  Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  PENDETA12(1), 63-78. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.5.2021

Asrul Azuan Mat Dehan, & Hajah Nur Azuwan Yaakob. (2015). Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said. International Journal Of Language Education and Applied Linguistics, 12.

Chow, C. N. (2020). Penggunaan retorik dalam ucapan politik Tun Mahathir bin Mohamad pasca kemenangan pakatan Harapan. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi , 76.

Dewi Samri & Haziq Aisha.  (2021).  Penggunaan bahasa retorik dalam pewahana informasi Covid-19 di Negara Brunei Darussalam.  Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 21(2), 95-117.

Farah Hanini Abdul Rahman & Lee Ai Chat.  (2025).  Strategi Retorik dalam Blog Pempengaruh Ben Ashaari: Rhetorical Strategies in Influencer Ben Ashaari’s Blog.  International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics9 (3).

Ilyas Abdullah. (2021).  Perpaduan dan krisis politik Melayu: Satu analisis.  Journal of Administrative Science Vol.18, Issue 1, 2021, pp. 323 – 333.

Izzat Amin Bin Mohd Nasir dan Raihan Binti Ahmad. (2022). Pengucapan umum.  Politeknik Tuanku Sultan Bahiyah.

Julaina Nopiah dan Nurfatihah Izzati Samarrudin. (2024).  Penggunaan gaya Bahasa Retorik dalam pelaporan Berita politik di berita televisyen.  PENDETA, Journal of Malay Language, Education and Literature,15 (2), 37-51.

Khairul Firhan dan Asyura Abd Nassir.  (2024).  Perbandingan gerakan retorik abstrak makalah berbahasa melayu terbitan jurnal berimpak tinggi dan tidak berimpak. Gading Journal for Social Sciences,27 (Special Issue KONAKA), 66-78.

Mohd Syafiq Mohd Zunaidi & Yabit Alas. (2023).  Penggunaan retorik dalam pengucapan ahli parlimen malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke 15.  International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 1 (1), 48-68.

Muhammad Faris Akram Rustu & Azean Idruwani Idrus. (2024). Penggunaan retorik dalam lirik lagu Teman Pengganti Karya Malique. Jurnal Kesidang 9 (1), 64-74.

Muhammad Faizul Abd Hamid dan Harishon Radzi.  (2020).  Struktur tema dalam manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum Ke-14.  Urnal Linguistik Vol. 24 (1),109-125.

Muhammad Mazlan Abu Bakar & Zaitul Azma Zainon Hamzah.  (2016).  Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media cetak.  Jurnal Linguistik, 20 (1), 10-25.

Najihah Abdul Wahid, Noor Saadah Salleh & Mohamad Nik Mat Pelet.  (2025).  Penggunaan kaedah retorik dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-7 dan ke-10.  PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 16(1), 130-144.

Nurul Nadiah Zamri dan Zulkefli Ain.  (2021). Retorik dalam dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jurnal Pengajian Islam, 14, 149-158.

Nurulain Badul Razak, & Che Ibrahim salleh. (2016). Retorik naratif dalam novel "Orang Kota Bharu". International Journal of Malay World Civilization

Sarah Daniel Jacob dan Nur Atikah A. Rahman (2022).  Analisis bahasa dalam iklan media sosial di malaysia, Jurnal Komunikasi Borneo (JKOB),  Vol.10 (2022).

Zamimah Osman.  (2015).  Strategi dan jenis retorik penulisan makalah penyeldikan dalam jurnal berimpak tinggi.  Tesis PhD, Universiti Utara Malaysia.